Hari ini terasa macam nak share pengalaman ditemuduga untuk jawatan Pegawai Latihan Vokasional J41 (kimpalan, pemasangan paip dan gas) pada bulan ramadhan yang lepas.
Setelah hampir 4 tahun SPA menyepi tanpa sebarang berita, pada ramadhan lalu satu SMS masuk memberitahu saya berkenaan panggilan temuduga terbabit..
Allahuakbar!!! Very the excited!!! Yelah, setelah beberapa lama menungu, kini masa yang dinanti telah tiba..he2..
Sebenarnya saya tidaklah berapa pasti apa sebenarnya skop tugas untuk jawatan ini. Tapi yang pasti, ia sepertinya bukan bidang saya. Ini kerana kimpalan kalau di englishkan tentulah menjadi Welding...sepanjang pengajian, rasanya 1 semester sahaja saya mewelding2 ni. Itupun sebab perlu mengambil subjek asas untuk Kejuruteraan Mekanikal.
Untuk pengetahuan, saya sebenarnya mengambil jurusan Kejuruteraan Kimia. Kami lebih byk di dalam makmal bermain dengan chemical berbanding mewelding bagai ni.
Tapi tak mengapa, saya cekalkan hati untuk pergi juga menghadiri temuduga ini. (excited katakan..hi..hi..)
Berita gembira ini telah saya war2kan pada suami, seluruh ahli keluarga dan seluruhnya. Kalau mampu, rasanya 1 malaysia nak saya hebahkan..Ya Allah..poyonya aku..padahal interview je kot..hik3...
Tanpa melengahkan masa, saya menggooooooooogle (kenapa byk oooo, bermaksud banyak sungguh yang saya google). Dari bidang tugas, di mana jawatan ini akan ditugaskan, apa itu kimpalan, apa itu pemasangan paip gas, dasar2 negara, National Key Result Areas (NKRA), Strategi Lautan Biru Kebangsaan, Menteri2 Kabinet, Menteri Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, nota2 ringkas, minta pendapat Pegawai latihan vokasional di IKBN Pagoh (tak ingat nama sape...ampuuunnn) dan sebagainya..
Fuhhh....punyalah poyo00000000000!
Lupelak...untuk menambah kePOYOan lagi, siap pergi beli blazer dan kasut bertumit fully covered tau! Abis rm200 walaupuuuunnnn...(pinjam duit kakak..he3..)
Hari berganti hari,semakin hampir semakin berdebar jantung ini..Kini, tibalah hari yang dinanti..
Saya bertolak dengan encik suami ke Bangunan Persekutuan, Jalan Anson selepas subuh..fuyyyooooo...Yelah, menepati masa katakan. Sebab temuduga berlangsung pada pukul 8 pagi. Saya pula tinggal ditanah besar, bukan di pulau. Jadi, untuk mengelakkan jammed, kami ambil keputusan untuk keluar awal.
Sampai disana, memang tepatlah andaian saya bahawa sayalah orang paling awal. Mana tidak awal, pintu pun belum dibuka... :-)
Saya redha menanti diluar. Penuh kepasrahan. Tiba2 nampak seorang lelaki berbangsa Cina yang ditugaskan menyemak dokumen2 datang untuk membuka pintu.
Sambil senyum ke arah saya,beliau berkata, "Awalnya.."
Erkk...kaku di situ...
Tanpa melengahkan masa, saya mengikuti beliau dan beliau pun terus menyemak dokumen2 saya. Setelah berpuashati, saya diarahkan untuk tunggu sebelum nama dipanggil.
Untuk permulaan ini, memang saya blurr..yang saya sedar pada ketika itu, jantung saya berdebar laju. Calon - calon lain semakin lama semakin ramai. Hanya ada satu perkara yang saya perasan, TAK ADA SEORANG PUN YANG PAKAI BLAZER!
Hurmmm....rasa lebih poyo di situ...
Oh, lupa pulak nak bagitahu. Menurut sumber - sumber yang boleh dipercayai, sebaik2nya resume yang bakal kita hantar kepada panel diprint di atas kertas berwarna 'biru'. Entah kenapa sebabnya, hanya Allah yang Maha Mengetahui.. :-p
Tepat jam 8:15 pagi, loceng berbuny menandakan kini tibalah masa untuk saya masuk. Ini adalah ringkasan soalan2 yang saya ingat di hari kejadian :
1. Sila perkenalkan diri anda, latar belakang, tahap pendidikan dan pengalaman kerja dalam bahasa inggeris.
2.Berikan mama negeri yang sedang menghadapi pilihanraya kecil sekarang
jawapan saya : Terengganu , tuan
3. Siapakah nama pengerusi pilihanraya disitu?
jawapan saya : Erkkkk...saya tidak tahu tuan. (kantoi disini. sebenarnya soalan ini amat penting)
4. Boleh anda kaitkan usaha2 kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan negara menerusi NKRA?
jawapan saya : kerajaan telah mengambil inisiatif untuk membina rumah pasang siap berkonsepkan IRIS KOTO yang menggunakan tenaga tentera. Ini dilihat dapat menjimatkan kos perbelanjaan negara. (entah betul entah tidak)
seterusnya soalan dari panel jabatan
5. Kimpalan ada berapa jenis?
Ini saya boleh jawab.
6. Bagaimana untuk kita pastikan kimpalan kita baik dan tak mudah terputus?
tak boleh jawab.
7. Perbezaan antara teknologi dan kejuruteraan.
Jawapan saya tak kukuh dan berkerut2 muka panel tersebut.
Sebelum mengakhirisesi temuduga, sempat juga panel dari SPA berkata sesuatu yang indah pada saya, "Kamu memang ada ciri2 sebagai tenaga pengajar. Doa banyak2 supaya dapat jawatan ini"
Tersenyum puas saya. Saya keluar dari bilik pada jam 8:55 pg.Lamanyaaaa...confident habis boleh dapat! hik..hik..hik..
Berkurun lamanya saya menunggu jawapan temuduga tersebut. Apatah lagi setelah mendapat kata2 indah dari panel SPA tersebut. Terngiang2 kata2 itu.
Akhirnya......................
"Dukacita anda tidak dipilih untuk temuduga kali ini."
HUWAAAAAAAAA!!!!!!!!
*Selepas temuduga ini, saya dipanggil sekali lagi untuk menghadiri temuduga jawatan Pemeriksa Jentera Dan Kilang J41 (Kejuruteraan Kimia) pada 23.10.2013. Cantik tak tarikh tu? Keputusan pula keluar pada 11.12.13..hik3..nak tahu cerita, kisah di dalam bilik temuduga dan keputusannya, nantikan saya buat entry untuk itu pulak ye...sabarrrrrr... he3...
0 comments:
Post a Comment