Ads 468x60px

Monday, January 20, 2014

Bersyukur atas setiap UJIAN!

Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca budiman,


Nota ini dicatat pada jam 10.33 pagi,21 Januari 2014 ketika saya sedang menonton filem hebat, Lagenda Budak Setan. Teringat zaman budak-budak bercinta dulu, ketika lautan api pun sanggup direnangi.. :-)


Berbalik pada tajuk entri kali ni, kerap kita dengar bahawa ramai yang menyuruh kita bersabar atas setiap ujian yang menimpa. Namun, lain pula pada pendapat saya. Bagi saya,setiap ujian yang Allah SWT kirimkan untuk kita sebenarnya adalah kiriman kasih sayang daripadaNYA. Allahuakbar...


Mari sama-sama menyelusuri setiap episod 'duka' dalam hidup saya.Dibesarkan sebagai gadis yang cukup biasa dan sederhana, oleh seorang ayah yang tabah, setelah kematian ibu tercinta sejak berusia 9 tahun. Kesunyian dan kesepian sering menyelubungi diri ini apatah lagi bila melihat rakan-rakan lain dibelai mesra oleh ibu masing-masing. Sang ayah amat menekankan pendidikan dan amat menyayangi saya. Sehingga saya menjadi anak yang sangat tidak boleh berdikari, tidak boleh berhadapan kritikan dan lemah pada cabaran.


Masa terus berlalu. Berkahwin pada usia awal, menyebabkan saya menghadapi tekanan yang amat sangat. Tidak pandai menguruskan rumah tangga, tidak pandai masak, dan segal-gala ketidakpandaian ada pada saya.


7 tahun saya depressed! Menyalahkan Tuhan Maha Pencipta atas segala takdir yang ditulis untuk saya. Saya rasa diri ini seperti sampah yang tiada harga. Kehidupan berkeluarga dan kerjaya hancur dan musnah. Ramai yang melihat saya tertawa padahal di dalam hati saya merana.


Entah dari mana datangnya kekuatan, saya mengambil keputusan berhenti kerja pada ketika kewangan keluarga masih tidak kukuh. Ini juga akibat faktor anak perempuan saya selalu sakit dan kerap muntah. Sebagai ibu, walaupun saya tidak rapat dengan mereka, saya sebenarnya sangat sayangkan mereka.


4 bulan selepas berhenti kerja, hari ini, saya menulis atas sepenuh kesedaran. Penderitaan demi penderitaan yang saya alami sebenarnya madu yang dapat saya rasai kini. Kesihatan anak perempuan saya pulih, saya sudah pandai masak,sehingga hampir setiap masakan saya akan dipuji suami, saya semakin pandai menguruskan kewangan keluarga, mengambi tempahan kecil-kecilan untuk kek,menjadi calon simpanan sektor kerajaan (in shaa Allah sedang menunggu panggilan SPA),berbisnes Shaklee, berkenalan degan ramai orang, memperbaiki silaturrahim, dapat menerima kekurangan diri, semakin matang dalam hidup, mensyukuri segala nikmat yang telah ALLAH takdirkan dari sekecil-kecil nikmat, menghargai setiap ujian yang diturunkan sebagai salah satu tanda kasih-sayangNYA dan hati saya semakin tenang.

credit : peribadirasulullah.wordpress.com



Semua yang saya sebutkan di atas cumalah sebahagian kecil penderitaan dan sebahagian kecil nikmat yang telah ALLAH kurniakan. Walaubagaimanapun, saya akan sentiasa memanjatkan doa memohon agar diri ini terus istiqamah di jalan yang lurus lagi benar.




Seandainya ALLAH tidak menguji saya dengan tekanan perasaan dan pelbagai penderitaan yang lain, mampukah saya menjadi seperti sekarang?


Wang, harta, keluarga, dan apa sahaja yang kita fikir dapat membahagiakan kita hanyalah topeng dunia semata-mata.


Bahagia itu dikurniakan oleh Ilahi atas golongan-golongan yang pandai bersyukur atas baik dan buruknya kehidupan. Ia dapat dirasai dari dalam hati yang paling jauh...






credit : iluvislam.com dan ibujaripelik.wordpress.com



Tiada sebab untuk berduka, tiada sebab untuk kecewa, tiada sebab untuk merana!


Mari berbahagia atas setiap ujian yang bakal tiba!






Salam ceria,
Myzatul Asri






















0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my