Lihat kepada tajuk, akan terbayanglah keenakan kek tersebut lebih-lebih lagi seandainya dibeli dari sebuah kedai ternama yang tidak perlu diperkenalkan lagi.
Sebagai penggemar kek, sudah pastinya kek ini menduduki carta teratas dalam senarai makanan kegemaran saya sehingga saya jadi seolah-olah 'addicted' dan menjadi tidak keruan setiap kali melintasi kedai kek ternama tersebut.
Namun malangnya, tempat kerja lama saya sangat berhampiran dengan kedai tersebut. Aduh...masa mula-mula bekerja disitu dulu, boleh dikatakan kerap juga singgah di sana untuk menjamu selera ini.
Namun, seperti sabda Nabi SAW, nafsu ini tidak ada kesudahannya. Andai diikut, meranalah badan.
Suatu hari, minda ini dijentik dengan kata-kata dari seorang teman. Lebih kurang beginilah bunyinya, "Saya teringin nak makan kek chocolate indulgence..."
Mendengar keluhannya, terus saya menyapa, "Belilah di kedai ehem-ehem tu...dekat je dengan ofis kita..."
Teman tadi terdiam seketika. Lantas berkata, " Suami tidak izinkan saya beli dari sana. Beliau agak cerewet dalam pemilihan makanan. Bukan cerewet tentang kesedapannnya, tapi cerewet berlandaskan syariat dan agama"
"Tapi di sana kan sudah ada logo halal yang diperakui?" sola saya.
Teman tadi menjelaskan yang suaminya seorang peniaga makanan. Oleh kerana bekerja dalam industri ini, baginya alangkah elok jika kek itu dibuat sendiri oleh mereka beragama Islam yang beliau sendiri kenali.
Hmm...Saya faham maksud teman saya itu. Benar juga kata-kata suaminya. Makanan itu bakal menjadi darah daging. Dan akan dipersoalkan di akhirat kelak.
Saya mengambil manfaat dari perbualan tadi. Kebetulan kakak kedua memang seorang "chef" kek, jadi saya memasang angan-angan untuk membuat kek ini satu hari nanti!
Setelah berhenti kerja pada September 2013, dapatlah saya melunaskan impian yang lama terpendam ini dan alhamdulillah berjaya juga saya menghasilkan kek yang sungguh enak ini.
Kek diatas ditempah oleh teman rapat sewaktu bekerja dahulu. Gabungan tiga nama menyambut atas sebiji kek dilihat amat istimewa.
Jujurnya, kek ini masih banyak yang perlu diberi penambahbaikan. Memandangkan ia dibuat oleh "amatur" seperti saya. In shaa Allah, "Practice makes perfect" kan?
Kek ini memang sedikit mahal berbanding kek-kek icing biasa yang lain. Ia menggunakan sepenuhnya salutan freshcream yang amat sensitif pada suhu.
Kek ini asasnya adalah kek span coklat biasa. Pelanggan boleh memilih samada ingin kek span coklat biasa atau kek coklat moist sebagai asas. Yang pastinya kek coklat moist sebagai asas lebih sedap, kan? He..he...
Setelah dibahagi kepada 3 atau 4 bahagian, ia akan dilapisi dengan freshcream gabungan coklat yang pastinya seakan-akan rasa aiskrim jika dimakan pada suhu dingin.
Luarannya adalah topping coklat ganache yang sangat sedap. Tapi berhati-hati ketika menikmatinya kerana kek ini yang pastinya sangat manis. :-)
Kek 9 inci,setelah siap dideko, akan menjadi tinggi dan besar dari saiz asal.
Ketika menyiapkan kek ini, durasi waktu yang saya ambil sangat lama.
Namun, saya sangat gembira dan seronok!
Benarlah kata orang, andai kita benar-benar minat dengan apa yang kita lakukan, waktu dan ruang bukan lagi penghalang. Saya baru terasa lenguh dibadan hanya selepas kek itu berjaya dihantar kepada pemiliknya. :-)
Sedikit ringkasan mengenai saya, bercita-cita semenjak kecil ingin berkhidmat sebagai seorang doktor, melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan dan kini mengisi masa terluang sebagai pembuat kek dari rumah. Unik bukan? Itulah laluan yang telah Allah takdirkan untuk saya. Alhamdulillah.
Sekiranya selepas ini akan ada peluang lagi, saya menerima semua takdir dan ketentuanNya dengan hati yang terbuka. :-)
0 comments:
Post a Comment