Ads 468x60px

Monday, January 20, 2014

Bersyukur atas setiap UJIAN!

Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca budiman,


Nota ini dicatat pada jam 10.33 pagi,21 Januari 2014 ketika saya sedang menonton filem hebat, Lagenda Budak Setan. Teringat zaman budak-budak bercinta dulu, ketika lautan api pun sanggup direnangi.. :-)


Berbalik pada tajuk entri kali ni, kerap kita dengar bahawa ramai yang menyuruh kita bersabar atas setiap ujian yang menimpa. Namun, lain pula pada pendapat saya. Bagi saya,setiap ujian yang Allah SWT kirimkan untuk kita sebenarnya adalah kiriman kasih sayang daripadaNYA. Allahuakbar...


Mari sama-sama menyelusuri setiap episod 'duka' dalam hidup saya.Dibesarkan sebagai gadis yang cukup biasa dan sederhana, oleh seorang ayah yang tabah, setelah kematian ibu tercinta sejak berusia 9 tahun. Kesunyian dan kesepian sering menyelubungi diri ini apatah lagi bila melihat rakan-rakan lain dibelai mesra oleh ibu masing-masing. Sang ayah amat menekankan pendidikan dan amat menyayangi saya. Sehingga saya menjadi anak yang sangat tidak boleh berdikari, tidak boleh berhadapan kritikan dan lemah pada cabaran.


Masa terus berlalu. Berkahwin pada usia awal, menyebabkan saya menghadapi tekanan yang amat sangat. Tidak pandai menguruskan rumah tangga, tidak pandai masak, dan segal-gala ketidakpandaian ada pada saya.


7 tahun saya depressed! Menyalahkan Tuhan Maha Pencipta atas segala takdir yang ditulis untuk saya. Saya rasa diri ini seperti sampah yang tiada harga. Kehidupan berkeluarga dan kerjaya hancur dan musnah. Ramai yang melihat saya tertawa padahal di dalam hati saya merana.


Entah dari mana datangnya kekuatan, saya mengambil keputusan berhenti kerja pada ketika kewangan keluarga masih tidak kukuh. Ini juga akibat faktor anak perempuan saya selalu sakit dan kerap muntah. Sebagai ibu, walaupun saya tidak rapat dengan mereka, saya sebenarnya sangat sayangkan mereka.


4 bulan selepas berhenti kerja, hari ini, saya menulis atas sepenuh kesedaran. Penderitaan demi penderitaan yang saya alami sebenarnya madu yang dapat saya rasai kini. Kesihatan anak perempuan saya pulih, saya sudah pandai masak,sehingga hampir setiap masakan saya akan dipuji suami, saya semakin pandai menguruskan kewangan keluarga, mengambi tempahan kecil-kecilan untuk kek,menjadi calon simpanan sektor kerajaan (in shaa Allah sedang menunggu panggilan SPA),berbisnes Shaklee, berkenalan degan ramai orang, memperbaiki silaturrahim, dapat menerima kekurangan diri, semakin matang dalam hidup, mensyukuri segala nikmat yang telah ALLAH takdirkan dari sekecil-kecil nikmat, menghargai setiap ujian yang diturunkan sebagai salah satu tanda kasih-sayangNYA dan hati saya semakin tenang.

credit : peribadirasulullah.wordpress.com



Semua yang saya sebutkan di atas cumalah sebahagian kecil penderitaan dan sebahagian kecil nikmat yang telah ALLAH kurniakan. Walaubagaimanapun, saya akan sentiasa memanjatkan doa memohon agar diri ini terus istiqamah di jalan yang lurus lagi benar.




Seandainya ALLAH tidak menguji saya dengan tekanan perasaan dan pelbagai penderitaan yang lain, mampukah saya menjadi seperti sekarang?


Wang, harta, keluarga, dan apa sahaja yang kita fikir dapat membahagiakan kita hanyalah topeng dunia semata-mata.


Bahagia itu dikurniakan oleh Ilahi atas golongan-golongan yang pandai bersyukur atas baik dan buruknya kehidupan. Ia dapat dirasai dari dalam hati yang paling jauh...






credit : iluvislam.com dan ibujaripelik.wordpress.com



Tiada sebab untuk berduka, tiada sebab untuk kecewa, tiada sebab untuk merana!


Mari berbahagia atas setiap ujian yang bakal tiba!






Salam ceria,
Myzatul Asri






















Sunday, January 19, 2014

Chocolate Indulgence Cake : Antara Minat, cita-cita dan kerjaya

Assalamualaikum wbt buat semua pembaca budiman sekalian,

Lihat kepada tajuk, akan terbayanglah keenakan kek tersebut lebih-lebih lagi seandainya dibeli dari sebuah kedai ternama yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Sebagai penggemar kek, sudah pastinya kek ini menduduki carta teratas dalam senarai makanan kegemaran saya sehingga saya jadi seolah-olah 'addicted' dan menjadi tidak keruan setiap kali melintasi kedai kek ternama tersebut.

Namun malangnya, tempat kerja lama saya sangat berhampiran dengan kedai tersebut. Aduh...masa mula-mula bekerja disitu dulu, boleh dikatakan kerap juga singgah di sana untuk menjamu selera ini.

Namun, seperti sabda Nabi SAW, nafsu ini tidak ada kesudahannya. Andai diikut, meranalah badan.

Suatu hari, minda ini dijentik dengan kata-kata dari seorang teman. Lebih kurang beginilah bunyinya, "Saya teringin nak makan kek chocolate indulgence..."

Mendengar keluhannya, terus saya menyapa, "Belilah di kedai ehem-ehem tu...dekat je dengan ofis kita..."

Teman tadi terdiam seketika. Lantas berkata, " Suami tidak izinkan saya beli dari sana. Beliau agak cerewet dalam pemilihan makanan. Bukan cerewet tentang kesedapannnya, tapi cerewet berlandaskan syariat dan agama"

"Tapi di sana kan sudah ada logo halal yang diperakui?" sola saya.

Teman tadi menjelaskan yang suaminya seorang peniaga makanan. Oleh kerana bekerja dalam industri ini, baginya alangkah elok jika kek itu dibuat sendiri oleh mereka beragama Islam yang beliau sendiri kenali.

Hmm...Saya faham maksud teman saya itu. Benar juga kata-kata suaminya. Makanan itu bakal menjadi darah daging. Dan akan dipersoalkan di akhirat kelak.

 Saya mengambil manfaat dari perbualan tadi. Kebetulan kakak kedua memang seorang "chef" kek, jadi saya memasang angan-angan untuk membuat kek ini satu hari nanti!

Setelah berhenti kerja pada September 2013, dapatlah saya melunaskan impian yang lama terpendam ini dan alhamdulillah berjaya juga saya menghasilkan kek yang sungguh enak ini.


Kek diatas ditempah oleh teman rapat sewaktu bekerja dahulu. Gabungan tiga nama menyambut atas sebiji kek dilihat amat istimewa.

Jujurnya, kek ini masih banyak yang perlu diberi penambahbaikan. Memandangkan ia dibuat oleh "amatur" seperti saya. In shaa Allah, "Practice makes perfect" kan?

Kek ini memang sedikit mahal berbanding kek-kek icing biasa yang lain. Ia menggunakan sepenuhnya salutan freshcream yang amat sensitif pada suhu.

Kek ini asasnya adalah kek span coklat biasa. Pelanggan boleh memilih samada ingin kek span coklat biasa atau kek coklat moist sebagai asas. Yang pastinya kek coklat moist sebagai asas lebih sedap, kan? He..he...

Setelah dibahagi kepada 3 atau 4 bahagian, ia akan dilapisi dengan freshcream gabungan coklat yang pastinya seakan-akan rasa aiskrim jika dimakan pada suhu dingin.

Luarannya adalah topping coklat ganache yang sangat sedap. Tapi berhati-hati ketika menikmatinya kerana kek ini yang pastinya sangat manis. :-)

Kek 9 inci,setelah siap dideko, akan menjadi tinggi dan besar dari saiz asal.

Ketika menyiapkan kek ini, durasi waktu yang saya ambil sangat lama.

Namun, saya sangat gembira dan seronok!

Benarlah kata orang, andai kita benar-benar minat dengan apa yang kita lakukan, waktu dan ruang bukan lagi penghalang. Saya baru terasa lenguh dibadan hanya selepas kek itu berjaya dihantar kepada pemiliknya. :-)

Sedikit ringkasan mengenai saya, bercita-cita semenjak kecil ingin berkhidmat sebagai seorang doktor, melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan dan kini mengisi masa terluang sebagai pembuat kek dari rumah. Unik bukan? Itulah laluan yang telah Allah takdirkan untuk saya. Alhamdulillah.

Sekiranya selepas ini akan ada peluang lagi, saya menerima semua takdir dan ketentuanNya dengan hati yang terbuka. :-)





























Thursday, January 16, 2014

Pengalaman Temuduga Pegawai Latihan Vokasional J41

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca blog yang budiman,


  
Hari ini terasa macam nak share pengalaman ditemuduga untuk jawatan Pegawai Latihan Vokasional J41 (kimpalan, pemasangan paip dan gas) pada bulan ramadhan yang lepas.

Setelah hampir 4 tahun SPA menyepi tanpa sebarang berita, pada ramadhan lalu satu SMS masuk memberitahu saya berkenaan panggilan temuduga terbabit..

Allahuakbar!!! Very the excited!!! Yelah, setelah beberapa lama menungu, kini masa yang dinanti telah tiba..he2..

Sebenarnya saya tidaklah berapa pasti apa sebenarnya skop tugas untuk jawatan ini. Tapi yang pasti, ia sepertinya bukan bidang saya. Ini kerana kimpalan kalau di englishkan tentulah menjadi Welding...sepanjang pengajian, rasanya 1 semester sahaja saya mewelding2 ni. Itupun sebab perlu mengambil subjek asas untuk Kejuruteraan Mekanikal.

Untuk pengetahuan, saya sebenarnya mengambil jurusan Kejuruteraan Kimia. Kami lebih byk di dalam makmal bermain dengan chemical berbanding mewelding bagai ni.

Tapi tak mengapa, saya cekalkan hati untuk pergi juga menghadiri temuduga ini. (excited katakan..hi..hi..)




Berita gembira ini telah saya war2kan pada suami, seluruh ahli keluarga dan seluruhnya. Kalau mampu, rasanya 1 malaysia nak saya hebahkan..Ya Allah..poyonya aku..padahal interview je kot..hik3...

Tanpa melengahkan masa, saya menggooooooooogle (kenapa byk oooo, bermaksud banyak sungguh yang saya google). Dari bidang tugas, di mana jawatan ini akan ditugaskan, apa itu kimpalan, apa itu pemasangan paip gas, dasar2 negara, National Key Result Areas (NKRA), Strategi Lautan Biru Kebangsaan, Menteri2 Kabinet, Menteri Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, nota2 ringkas, minta pendapat Pegawai latihan vokasional di IKBN Pagoh (tak ingat nama sape...ampuuunnn) dan sebagainya..

Fuhhh....punyalah poyo00000000000!

Lupelak...untuk menambah kePOYOan lagi, siap pergi beli blazer dan kasut bertumit fully covered tau! Abis rm200 walaupuuuunnnn...(pinjam duit kakak..he3..)

Hari berganti hari,semakin hampir semakin berdebar jantung ini..Kini, tibalah hari yang dinanti..

Saya bertolak dengan encik suami ke Bangunan Persekutuan, Jalan Anson selepas subuh..fuyyyooooo...Yelah, menepati masa katakan. Sebab temuduga berlangsung pada pukul 8 pagi. Saya pula tinggal ditanah besar, bukan di pulau. Jadi, untuk mengelakkan jammed, kami ambil keputusan untuk keluar awal.

Sampai disana, memang tepatlah andaian saya bahawa sayalah orang paling awal. Mana tidak awal, pintu pun belum dibuka... :-)

Saya redha menanti diluar. Penuh kepasrahan. Tiba2 nampak seorang lelaki berbangsa Cina yang ditugaskan menyemak dokumen2 datang untuk membuka pintu.

Sambil senyum ke arah saya,beliau berkata, "Awalnya.."

Erkk...kaku di situ...

Tanpa melengahkan masa, saya mengikuti beliau dan beliau pun terus menyemak dokumen2 saya. Setelah berpuashati, saya diarahkan untuk tunggu sebelum nama dipanggil.

Untuk permulaan ini, memang saya blurr..yang saya sedar pada ketika itu, jantung saya berdebar laju. Calon - calon lain semakin lama semakin ramai. Hanya ada satu perkara yang saya perasan, TAK ADA SEORANG PUN YANG PAKAI BLAZER!

Hurmmm....rasa lebih poyo di situ...

Oh, lupa pulak nak bagitahu. Menurut sumber - sumber yang boleh dipercayai, sebaik2nya resume yang bakal kita hantar kepada panel diprint di atas kertas berwarna 'biru'. Entah kenapa sebabnya, hanya Allah yang Maha Mengetahui.. :-p

Tepat jam 8:15 pagi, loceng berbuny menandakan kini tibalah masa untuk saya masuk. Ini adalah ringkasan soalan2 yang saya ingat di hari kejadian :

1. Sila perkenalkan diri anda, latar belakang, tahap pendidikan dan pengalaman kerja dalam bahasa inggeris.

2.Berikan mama negeri yang sedang menghadapi pilihanraya kecil sekarang
jawapan saya : Terengganu , tuan

3. Siapakah nama pengerusi pilihanraya disitu?
jawapan saya : Erkkkk...saya tidak tahu tuan. (kantoi disini. sebenarnya soalan ini amat penting)

4. Boleh anda kaitkan usaha2 kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan negara menerusi NKRA?
jawapan saya : kerajaan telah mengambil inisiatif untuk membina rumah pasang siap berkonsepkan IRIS KOTO yang menggunakan tenaga tentera. Ini dilihat dapat menjimatkan kos perbelanjaan negara. (entah betul entah tidak)

seterusnya soalan dari panel jabatan

5. Kimpalan ada berapa jenis?
Ini saya boleh jawab.


6. Bagaimana untuk kita pastikan kimpalan kita baik dan tak mudah terputus?
tak boleh jawab.

7. Perbezaan antara teknologi dan kejuruteraan.
Jawapan saya tak kukuh dan berkerut2 muka panel tersebut.

Sebelum mengakhirisesi temuduga, sempat juga panel dari SPA berkata sesuatu yang indah pada saya, "Kamu memang ada ciri2 sebagai tenaga pengajar. Doa banyak2 supaya dapat jawatan ini"

Tersenyum puas saya. Saya keluar dari bilik pada jam 8:55 pg.Lamanyaaaa...confident habis boleh dapat! hik..hik..hik..




Berkurun lamanya saya menunggu jawapan temuduga tersebut. Apatah lagi setelah mendapat kata2 indah dari panel SPA tersebut. Terngiang2 kata2 itu.

Akhirnya......................








 "Dukacita anda tidak dipilih untuk temuduga kali ini."

HUWAAAAAAAAA!!!!!!!!







*Selepas temuduga ini, saya dipanggil sekali lagi untuk menghadiri temuduga jawatan Pemeriksa Jentera Dan Kilang J41 (Kejuruteraan Kimia) pada 23.10.2013. Cantik tak tarikh tu? Keputusan pula keluar pada 11.12.13..hik3..nak tahu cerita, kisah di dalam bilik temuduga dan keputusannya, nantikan saya buat entry untuk itu pulak ye...sabarrrrrr... he3...







































































Thursday, January 2, 2014

Resepi jeli kelapa dan salam perkenalan



Assalamualaikum wbt dan salam perkenalan kepada pembaca budiman...

Oleh kerana ini adalah entry pertama saya, marilah saya kongsikan serba sedikit resepi membuat jeli kelapa yang marvellous!!! (kalau dah buat, tapi tak marvellous, bukan salah ibu mengandung ye dik...he..he)

Tujuan utama saya 'menjeli kelapa' pada petang yang redup lagi sejuk ini sebenarnya adalah untuk putera puteri kesayangan saya yang tiba2 diserang demam dan sakit tekak. Sebenarnya nak bagi sahaja mereka minum air kelapa begitu sahaja, tapi si ibu terlebih rajin, lantas siaplah jeli kelapa 'Shrek' (sbb warna hijau) he..he..he..

Jujurnya saya dapat resepi ini dr blog www.azlitamasammanis.com yang mana puan azlita sendiri mengambil resepi ini dari kak nor..(maafkan saya kak nor, lupa nama blogkak nor). Tetapi mereka menggunakan agar2 serbuk, walhal saya menggunakan agar2 tali.

Saya juga tidak menggunakan daun pandan, tetapi hanya paste pandan (sebab belakang rumah penuh lalang, bukan daun pandan. he..he..he..)
Sebenarnya nak buat jeli kelapa ni mudah, ringkas dan senang. Saya mula menyedari bahawa jeli kelapa ni boleh menjadi salah satu pendapatan sampingan bilamana terlihat ada segelintir student2 USM yangmenjalankan perniagaan ini. (solute pada mereka kerana walaupun sibuk dengan tugas hakiki sbg pelajar, namun pandai mengendali waktu sehingga boleh membuka bisnes sendiri..ini semangat yg kita mahukan!!!)

Saya sedia maklum bahawa ramai pembaca2 semua terutama golongan wanita mmg dah mahir buat jeli ni.Anggaplah resepi ini sbg resepi untuk anak2 dara kita atau adik2 yg baru mendirikan rumah tangga atau mereka yg tidak berapa mahir didapur seperti saya ye...








Bahan-bahan:


Air kelapa pandan muda- 2 biji lebih kurang 1.3 liter bergantung kepada kelapa itu sendiri
11 sudu besar gula pasir -bergantung kepada citarasa anda
Agar2 tali lebih kurang 10g -12g
Air kosong - tambahkan dengan air kelapa tadi hingga menghasilkan 2.6L

Cara-cara:

Masak semua bahan tadi kecuali isi kelapa sehingga mendidih.
Masukkan dalam bekas kecil2, tunggu hingga sejuk dan baru diletak dalam peti ais.





Hasilnya kita boleh dapat lebih kurang 12 bekas dadih.

Selamat mencuba!







*Sedikit tips dari Myzatul Asri :

Sekiranya anda ingin berniaga, cukuplah menggunakan 1 biji kelapa muda ditambah dengan air kelapa tua sehingga cukup sukatan 2.6L. Ini kerana harga sebiji kelapa lebih kurang rm 2.50 ke rm3.00, agar2 tali lebih kurang rm1, bekas rm 0.20 X 12.

Sekinyanya anda menggunakan 2 biji kelapa muda atau lebih, bayangkan kos yang terpaksa ditanggung dan keuntungan yang kita dapat.

Macam mana nak dapat air kelapa tua? He..he..he..cuba cari rumah2 atau kedai2 yang memang mengusahakan perusahaan santan, pastinya (in shaa Allah) anda akan dapat air kelapa ni dengan FOC!





















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my